Pelajar Tahun Akhir..

November 24th, 2009

Hari ni baru dapat email dari JPA London mengenai tempahan tiket pulang ke Malaysia bagi pelajar tahun akhir..Rasa berbunga-bunga je hati.. seronoknya dah nak dekat nak balik ke tanah air. Dalam masa yang sama,rasa gerun jugak..sebab syaratnya, mestilah telah menamatkan pengajian dengan jayanya..huhu. Ayat tu mantap..dengan JAYAnya,bukan sekadar tamat je.Persoalannya,boleh ke aku menamatkan pengajian ini dengan ‘jayanya’? Kalau tamat dengan biasa2 je boleh tak?Boleh balik jugak kan?..huhu..cuma kurang syok sikit la kot. Anyway,I’ll try my best.Kalau begitu sahaja rezeki aku,aku redha..

[Katakanlah,"Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasinya (bagi siapa yang Dia kehendaki), tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."]  (Surah Saba’:36)

Semoga kedinginan musim luruh ini dapat meredakan bahang panas yang berbara dalam hati ni..Setiap yang berlaku,pasti ada hikmahnya..Sabarlah wahai hati..itulah lumrahnya,manusia ini berbeza-beza..

Teman sepanjang jalan

October 30th, 2009

Salam ukhuwah fillah buat semua.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah. Syukurku ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat dan ujian ini. Aku terharu membaca emel yg dikirimkan oleh sahabatku yg jauh dari penglihatanku,tp sentiasa dekat di hati ini. Terima kasih NADIA,kerana tidak pernah berhenti memberi sokongan dan selalu mengingatkan wan tentang hakikat kehidupan ini yg tak pernah sunyi dari ujian.

Kita sering meminta untuk menjadi orang yang beriman..tapi bila Allah bagi peluang untuk mengangkat darjat kita,kita mula resah gelisah. Bertalu-talu soalan bermain di fikiran, mata tak henti-henti mengalirkan air mata, hati terasa pedih menahan kesusahan.Sedangkan Allah telah memberitahu kita dengan jelas..

 

“Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu dan akan Kami uji perihal kamu”
(Muhammad:31)

Ternyata syurga yang indah itu bukanlah sebegitu mudah untuk mendapatkanya..Ada harga yang perlu kita bayar.Modal yang Allah bagi,kehidupan,usia,keluarga serta sahabat2 di sekeliling. Manualnya Al-Quran dan sunnah. Terpulanglah kepada kita untuk menguruskan sumber2 tersebut dan menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.Mereka berperang di jalan Allah;sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran.Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.”

(At-Taubah: 111)

 

Semoga kita sama-sama beroleh kemenangan dan tergolong dalam golongan Al-Falah seperti yang selalu dilaungkan dalam azan dan iqamah..

“Haiya ‘alal falah” (Marilah menuju kejayaan)

 Wallahu’alam..

 Huraian lanjut boleh dibaca di blog sahabat saya yang amat dikasihi ini,

Yang merinduimu,

Ruwaida

My 23rd Besday

September 10th, 2009

Alhamdulillah,I’ve turned 23 this year..Aku menyambut ulangtahun kelahiran yg ke-23 pada tahun ini di bumi Scotland pada 29 Ogos lalu.Dah beberapa lama aku berhajat nak hantar post ni,tp disebabkan sedikit kesibukan dan baru balik bercuti,ni baru dapat post.

My friends were so great that they made a surprise party with a very sweet cake for me.That is my besday cake  which was so wonderful..home made tu.It was so cute and did not really for a 23-year-old girl. huhu..but that’s suit me. Anyway, I juz want to take this opportunity to thanks all my friends here (Zul, Balqis, Anis, Ainul, Nurul, Pia, Nana, Iqa, Sara, Syida, Dayah, Ju and Nanaucop) for making me so happy on that day. Thank you very much! For those who wish me, thank you very much for the wish..May Allah bless us!

One tough semester…

August 20th, 2009

AlhamdulillahiRabbil’alamin…alhamdulillah…alhamdulillah..

Subhanallah..segala puji hanyalah bagi Allah,Tuhan yang menjadikan aku berkuasa ke atas segalanya.Akhirnya…aku tiba di penghujung semester yang pada aku paling mencabar sepanjang menjadi student ni.Tekanan yang dirasai sangatlah hebat,Allah saja yang tahu..tp Alhamdulillah,Allah kuatkan semangat aku untuk teruskan jugak,biarpun dalam tangisan..

I juz want to let all these go and never come back again..harap2 pass la exam,so that xpayah encounter lagi sume ni..Tapi next sem semestinya lagi mencabar..cumanya subjek killer PP3 dah xde,the subject where my area of weaknesses are being assessed (mana la aku tak takut)..yang buat aku rasa susahnya nak jadi pharmacist ni!!! Harapnya physically,mentally and emotionally, aku lebih stabil for the rest of the course.

Sepanjang aku kat sini,aku jugak telah terlepas beberapa event penting.. Pipah dah selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hatinya,juga kawan sekelas kami,Najmi.. Aku nak sangat tengok dan bersama dengan dia di hari bahgia dia.Namun, Allah itu sebaik-baik perancang.Cukupla aku dapat melihat senyuman dan kebahagiaan dia dalam gambar2 yang ada.Dua sahabat baik aku,Nadia dan Gayah pon dah selamat konvo dan mendapat ijazah dalam bidang masing2. Tahniah untuk anda berdua! Kepada sahabat2 lain yang turut melangsungkan konvokesyen..tahniah untuk anda jugak.

Dulu aku pon heran,apa yang best sangat tentang konvo ni.Ambik scroll tu je kot..ntah2 scroll kosong je pon.Kalau tak pi ambik tu pon,dorang akan pos jugak ke rumah..Tapi selepas melalui kesulitan dan kepayahan ni,aku makin menghargai makna konvokesyen tu.Betapa gembiranya kita,setelah berpenat lelah menghdapai liku-liku perjuangan tu,akhirnya kita diberi penghargaan dengan sekeping kertas yang tak boleh beli dengan wang ringgit…tapi nilainya perlu dibayar dengan satu pengorbanan yang meruntun separuh dari kehidupan ni.And now, I really can’t wait for the moment to come.

Habisla sessi melepaskan perasaan yang terbuku di dada..I’m here again. Habis satu semester sebagai pelajar,aku akan melangkah ke satu semester baru sebagai hambaNya..Semester Ramadhan yang bakal bermula 2-3 hari lagi.Cukup bersediakah aku untuk melangkah dengan yakin ke dalam semester ini?

Aku menunggu kehadirannya sejak beberapa ketika, aku nak sangat Ramadhan kali ini paling bermakna buat aku,walaupon aku jauh dari keluarga.Aku harap biarla Ramdhan kali ini bisa menjadikan aku Ruwaida yang baru seperti yang aku inginkan. Tapi aku sedikit risau,dengan aktiviti2 sepanjang cuti ini,boleh mengubah haluan yang aku sasarkan. Aku berdoa kepada Allah,supaya aku dapat menghabiskan exam sebelum Ramadhan bermula,supaya aku dapat lebih bersedia..Alhamdulillah,Allah makbulkan doa itu.Justeru, aku tidak boleh mempersia-siakannya. Aku tidak mahu menjadi hambaNya yang kufur.Setelah dihilangkan kesusahan yang ada,mudah lupa dengan nikmat kurniaanNya.

Ahlan ya Ramadhan..Marhaban ya Ramadhan..

Ke mana arah haluanku..

July 24th, 2009

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam.Di kala diri ini hilang arah haluan,Allah mengutuskan melalui makhluk2nya untuk mengingatkan diri tentang tujuan hidup di dunia.

“Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”  (Al-Mukminun :115)

Tidak,kita bukanlah diciptakan dengan sia-sia.Allah tidak menjadikan kita hidup di dunia ni saja-saja..Ada misi dan visi yang perlu kita laksanakan.Persoalan ini tidak mungkin dapat dijawab tanpa panduanNya.Justeru Allah Yang Maha Penyayang menyedikan jawapannya..

Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku” (az-Zariyat:56)

Kini tahulah kita untuk apa kita diciptakan.Macam mana nak sentiasa beribadah tu? Assignment banyak,sibuk dengan kelas lagi,kena study nak exam lagi,nak masak,basuh baju,dah penat rasa nak tido pulak..mana sempat nak duduk atas sejadah or baca Quran je? Semua itu cuma alasan. Masakan Allah tidak tahu kita perlu buat benda2 tu.Allah itu kan Maha Mengetahui.

Konsep ibadah itu sangatlah luas merangkumi segenap aspek kehidupan manusia.Duduk,berdiri,berbaringnya kita boleh jadi ibadah selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam dan ikhlas kerana Allah. Study dengan niat ikhlas untuk menuntut ilmu Allah kerana perjuangan Islam adalah ibadah,senyum pada orang lain dan membuatkan hatinya gembira juga ibadah,mandi dengan niat membersihkan diri untuk beribadat kepaNya juga ibadah,memasak dengan hati ikhlas menjamu orang lain makan itu ibadah apa lagi ntuk orang berbuka,basuh baju untuk membersihkan kekotoran bg memudahkan kita untuk bersolat juga ibadah,tido dengan niat mengumpul semula tenaga bagi melakukan amalan kebaikan juga ibadah..Pendek kata,hidup seharian ini penuh dengan ibadah2 sekiranya kita niatkan segala amalan itu Lillah Taala.

Allah Maha Pemurah tahu persis akan diri hamba-hambanya..malah lebih mengenali kita dari diri kita sendiri.SayangNya Dia pada kita terbukti pada firmanNya:

“Barangsiapa berbuat kebaikan mendapat balasan sepuluh kali lipat amalnya.Dan barangsiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya.Mereka sedikitpon tidak dirugikan (dizalimi)” (Al-An’am:160)

Indahnya hidup ini andai kita berpegang teguh dengan syariat Allah.Tidaklah menjadi sia-sia hidup di dunia ini..Tidaklah kita kembali pada Allah dalam keadaan muflis tanpa bekalan.Sudahlah kita tidak kaya dengan harta di dunia,tapi biarlah kita kaya dengan amalan untuk kehidupan di akhirat.

Katakanlah, sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah,Tuhan seluruh alam” (Al-An’am:162)

Hidup di dunia ini terlalu singkat untuk dipersiakan.Modal umur,kesihatan dan masa yang Allah berikan hendaklah digunakan sebaik-baiknya supaya kita menjadi ‘ahli perniagaan’ yang berjaya.Agar keuntungan berlipat ganda di alam akhirat yang abadi dapat kita rasai nanti.

Sesungguhnya hamba yang hina ini cukup tahu,bercakap atau menulis itu lebih mudah dari melakukannya.Kerana cabaran dalam diri dan kehidupan dunia ini sangatlah berat menolak kita jauh dari tujuan.Moga-moga dengan ilmu,kesungguhan untuk mencari keredhaanNya,dan hidayah dari Allah,dapatlah kita sama2 kembali padanya dengan senyuman.

“Setiap yang bernyawa akan merasai mati.Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan.Dan kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (Ali Imran:185)

Ya Allah,jadikanlah umur terbaik hamba di penghujungnya,jadikanlah amal terbaik hamba di penutupnya, dan jadikan hari terbaik hamba pada saat bertemu denganMu…Amin.

Aku Ingin Berhijrah..

June 16th, 2009

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam..

Akhirnya aku telah selamat sampai di bumi Scotland ini..yang selama ini cuma menjadi sebutan.Aku takut sangat nak datang sini.Terus-terang perasaan aku bercampur baur sebelum datang ke sini.Ramai orang ingat aku excited sebenarnya nak pegi oversea..Kalau 2 tahun dulu mungkin ya..tapi kini excited tu mungkin ada,tapi di senarai yang paling bawah..Aku sedih nak meninggalkan rumah,family dan kawan2..Aku takut nak nek kapal terbang (tambah pulak pesawat Air FRance baru je terhempas)..Bimbang dengan perjalanan kehidupan kat sini..Macam2 perasaan ada.Tak dapat nak digambarkan bagaimana.Pendek kata,andai ada pilihan lain,aku tidak ingin datang ke sini lagi.Tapi tak baik pulak menyesali takdir,Allah dah pilih aku untuk datang ke sini.Ini yang aku mahukan dulu..Allah dah bagi.Mungkin ada hikmahnya di sebalik semua ni..

Semalam telah berlalu..dan hari esok pasti akan menjelma.Mahu atau tidak,selagi jasad ini masih bernafas,kehidupan tetap perlu diteruskan. I’m here now..Sebagai hamba,aku tahu aku perlu bersyukur.Mungkin tak semua orang mendapat peluang ini.Justerubersyukurlah dengan apa yg kita ada.

Aku datang ke sini sebagai seorang hamba yang mencari haluan baru dalam hidupnya..aku ada membawa hajat,niat dan harapan..Aku memohon agar Allah permudahkan urusanku dalam mencapai harapan ini.Aku berdoa semoga Allah membuka jalan hidayahNya kepadaku seluas-luasnya..agar aku dapat sampai kepadaNya dengan penuh kebahagiaan..Sama ada impianku tercapai atau tidak,let us see together..

Wassalam..

-Ruwaida-

Terima kasih SAHABAT..

April 24th, 2009

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah,ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda..

Betapa aku sangat bersyukur pada Allah,kerana dikurniakan padaku sahabat-sahabat yang sangat baik padaku..Mereka terlalu baik untukku.Terima kasih ya Allah..

Aku sangat terharu bila sahabat-sahabatku menyatakan perasaan rindu dan sayang mereka padaku..Aku rasa amat-amat dihargai,dan kadang2 aku rasa bersalah..Bersalah kerana tidak pandai menyatakan yang aku juga amat menghargai mereka sebenarnya. Kawan-kawan adalah orang terpenting dalam hidup aku.Walaupon aku tidak pandai dan tidak selalu menyatakan yang aku merindui kalian,sebenarnya aku tidak pernah melupakan kalian. 

Aku akan belajar untuk lebih menghargai apa yang aku ada hari ini supaya tidak menyesal di kemudian hari.Buat sahabat-sahabatku yang kini di IMU (balqis, nurul, pia, zul, ainul, nanaucop, nana, sara, iqa, ju,syida,dayah & anis) atau di mana-mana sahaja di atas muka bumi ini,yang pernah mengenaliku, aku ingin nyatakan di sini yang aku sangat menyayangi kalian. Terima kasih kerana telah mewarnai hidup wan.

Buat gayah,nadia,nefah n pipah, special thanks for your support selama ni.Terima kasih kerana masih menyayangi wan.Wan harap ukhuwah fillah kita kan kekal selama-lamanya.. Wan mohon, janganlah lepaskan tangan wan,kerana wan ingin sentiasa beriringan dengan kalian,dalam perjuangan dan hidup ini.Luv u all very2 much!

Subhanallah..hidup dalam kenangan sememangnya lebih memeritkan dari berpijak di bumi nyata..kenangan buat aku rasa sedih sangat kerana aku cukup pasti saat itu takkan dapat kembali selama-lamanya.Sebab tu kadang-kadang bila bersendirian,aku akan cuba mengelak dari mengimbau kenangan, kerana itu akan membuat hati terasa menyesal tidak melakukan ini dan itu. Justeru, berpijaklah di alam nyata,apa yang kita ada hari ini,hargailah sebelum ia menjadi kenangan yang takkan dapat kembali.

Jika ingin dicari,siapa model sahabat terbaik..Rasulullah adalah orangnya. Jika ingin dicontohi untuk menjadi sahabat yang paling memahami..Rasulullah adalah contohnya. Teladanilah baginda dalam bersahabat.Bertemu dan saling menyayangi kerana Allah,andai terpisah redhalah kita kerana Allah..

SEPERDU PENAWAR BUAT HATI

March 13th, 2009

Kata ayahanda,

        Wahai anakanda,

        kita hanya menabur usaha,

        agar benih tumbuh menghijau

        menanti damai di permatng kejayaan,

        namun jika ia tak sesubur harapan,

        itu hanya urusanNya,

        bukan natijah sebagai ukuran.

 

 

Kata ayahanda lagi,

        Biarkan hidup anakanda,

        bak pungguk,

        mengharap cinta rembulan,

        mencemburui bintang kerlipan,

        mendapat kasih Maha Pencipta.

 

 

Kata ayahanda akhirnya,

        Ayahanda doakan,

        semoga permatang kejayaan

        menghiasi hamparan cita-cita,

        yang anakanda bentangkan,

        teruskanlah usaha duhai anakanda,

        teruskanlah…

 

puisi ni bukanlah hasil karya wan sendiri..jumpak kat belakang buku latihan masa PMR dulu..rasa tertarik dan kena dengan diri sendiri,sebab tu wan simpan.Puisi ni selalu gak menjadi pemujuk hati ini yang kadang2 rasa dukacita,kecewa dan berharap..rasa macam satu pesanan dan harapan dari seorang insan bergelar ayahanda.

 

Kisah Puteri Rasulullah..

February 11th, 2009

Setelah sekian lama tak update blog ni…ni baru nak start semula..Sebenarnya ada juga beberapa entry yg ditulis,tapi xjadi nak post atas sebab2 tertentu..

Kisah ini dipetik dari sebuah buku bertajuk ‘1001 Feqh Nasihah’ susunan Mohd Nazri Zainuddin. Sekadar sebuah perkongsian..

Siti Fatimah adalah puteri kesayangan Rasulullah.Gembira hatinya, gembiralah Rasullulah, setitis air matanya berdukalah Rasulullah..Siti Fatimah telah mendirikan rumahtangga bersama sahabat yang rapat dengan Rasulullah,saidina Ali karamalllahu wajhah..Saidina Ali bukanlah antara sahabat yg sgt berharta.Hidupnya tidak mewah..namun sgt disayangi Rasulullah.

Dengan mas kahwin 400 dirham hasil jualan baju perangnya kepada saidina Uthman r.a, saidina Ali menikahi puteri Rasulullah yg sgt disayangi baginda. Itulah pertemuan dua insan pilihan atas kehendak Allah. Siti Fatimah mewarisi akhlak ibunya yang tidak pernah menyusahkan suaminya,apatah lagi menyakiti hati suami tercinta.

Kerana kesempitan hidup, Saidina Ali tidak mampu menyediakan pembantu buat isterinya untuk membantu melaksanakan kerja-kerja rumah meskipun beliau tahu akan kesusahan isterinya menguruskan anak-anak,membasuh pakaian,memasak dan menggiling tepung. Namun,sesekali Saidina Ali akan turut membantu istrinya itu apa yg termampu dan usaha itu sangat dihargai isterinya..

Suatu hari Rsulullah SAW datang ke rumah puterinya dan melihat Fatimah sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah  segera mengesat air matanya apabila menyedari kehadiran Rasulullah. Lalu baginda bertanya: “Wahai buah hatiku,apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah SWT menggembirakanmu

Fatimah pun mengadu pada ayahandanya dalam nada sayu: “Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatanbolehkah ayahanda meminta suamiku untuk menyediakan seorang pembantu untukku?” baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.

Dengan lafaz bismillah dan mukjizat dari Allah, baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.Dengan izin Allah,kisaran itu berpusing dengan sendirinya sehingga Rasulullah menghentikannya. Siti Fatimah sangat terhibur dengan hadiah istimewa itu.

Rasulullah berkata kepada puterinya itu:” Wahai Fatimah, gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat.” Begitulah baginda mendidik puterinya untuk menjelaskan bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Rasulullah bertanya kepada Fatimah: “Puteriku,mahukah engkau kuajarka sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?”

” Tentu sekali ya Rasulullah.” jawab Fatimah keriangan.

Rasulullah bersabda:” Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca ‘Subhanalllah’ sepuluh kali, ‘Alhamdulillah’ sepuluh kali dan ‘Allahuakbar’ sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca ‘Subhanalllah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahuakbar’ ini sebanyak 33 kali“ 

Ternyata amalan itu memberi kesan kepada Fatimah dalam memudahkannya menguruskan kerja-kerja dengan lancar.Begitulah hadiah istimewa yang diberikan Allah kepada hambaNya yang sentiasa mengingatiNya.

Jadi,sama-samalah kita amalkan apa yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah kepada kita. Buat para bakal isteri (especially to my beloved friends…), jadilah isteri-isteri yang solehah,dan janganlah menyakiti hati suami-suami kalian. Semoga kalian bahagia selalu di dalam rahmatNya.

Kesusahan bukanlah jalan yangmembawa kepada kebinasaan.Kesusahan itu kadangkala wasilah ntuk kita mencapai apa yang lebih baik di masa akan datang. wang ringgit bukanlah segala-galanya

Kembara AidilAdha..

December 9th, 2008

Ya Allah,kuatkanlah hati kami dalam menempuh liku-liku hidup ini. Jadikanlah kami di kalangan hamba-hambaMu yang solehah. Permudahkanlah urusan kami..dan kurniakan kami kebaikan dunia dan akhirat..amin ya Rabbal ‘alamin“ ..itulah doa kami di hari yang mulia ini.

Aku tak balik beraya di Guaq raya haji tahun ni.Cuti sat sangat..kebetulan ada kawan2 yang xbalik jugak. Jadi,berayala kami ramai2 kat sini..ramai ke? Juz wanna share my experience during this Aidiladha..

Pagi hari raya penuh dengan berkah.Hujan turun renyai2 menandakan rahmatNya sedang melimpah-ruah. Namun,sedikit sekali hambaNya yang bersyukur..Semoga kami termasuk dalam golongan yang sedikit itu. Kami keluar agak awal,sebab nak semayang raya kat masjid UNITEN. Kenapa UNITEN yg dipilih?hmm..xde pape pon,anywhere pon boleh sembahyang raya, sama ja..sebab utamanya ialah tak nak pegi masjid Sri Petaling.hehe..Lagipon,kami nak pegi beraya kat Putrajaya,dah on de way tu singgah la.Boleh kenal tempat orang.Kebetulan pulak,jumpa junior aku kat situ..Atikah.Lupa nama dia mula2,tapi muka cam lagi.Itulah hikmahnya, dapat menjalinkan silaturrahim yg dah agak lama terputus.

Lepas semayang raya,hujan agak lebat..oleh sebab tak tahu nak pegi mana lagi,terus kami ke putrajaya.Cadangnya nak bergambar sekejap depan MAsjid Putra tuh,tp oleh sebab hujan,xjadilah plan tu..Dah tak tahu sgt nak pi mana,kami pon pegi jelah beraya walaupon sgt awal lagi..orang baru balik semayang raya,kami dah sampai..huhu.Semangat tak anak2 muda ni beraya?(perasan muda)..pegi beraya rumah ‘umi’ Balqis..hehe.

Nothing much we can help,sebab anak2 dara dia da ramai.Jadi,tggu makan jelah kiranya..Lama jugak kat situ,anis dah ajak balik.Dia nak pegi Alamanda pulak.Mana ada raya2 org pegi shopping mall..anis..anis. Tapi pegi jugak,rupanya ada jugak org ye.Kami antara yg memeriahkan suasana Alamanda yg agak lengang tu la.Bergambar pulak kat sana..itulah hobi kami semua, ‘posing’ depan kamera..nasib bek tak ramai orang.

Sebelum balik kami singgah rumah Balqis kat Bangi kejap. Dia kena bagi makan ikan. Family dia balik beraya kat Kelantan.Dah takdak sapa2 kat rumah,sebab tu dia raya ngan kami..Mujurlah ada Balqis bawak kami jalan2..kalau tak,beraya depan TV jela kot.hmmm..

Begitulah AidilAdha ku tahun ni..pengalaman beraya di KL ni buat kali pertama.Dulu dah pernah raya kat Shah Alam..Mungkin inilah raya terakhirku di KL.Pasni,tak tahula bila lagi nak beraya kat sini.Melainkan aku kena kerja kat sini..hope not..atau kawin dgn org sini..itu wallahualam. Aku sedikit kesal tak balik raya sebab tak dapat tlong mak siap2 tuk hari raya. Kesian mak kena wat sume benda..:’( hmm..Nasibla adik kesayanganku cuti,dia la tolong mak buat kuih raya.huhu..

Begitu sajalah pengalamanku di hari raya tahun ini. Tahun depan,InsyaAllah raya kat tempat len pulak.Amin..semoga ada lagi hari raya untukku pada tahun2 yang akan datang. To all my beloved friends, thanks 4 the memories. Semoga ukhuwah yg terjalin takkan terlerai dengan begitu mudah..

Semoga kita akan terus bersama dalam menempuh onak dan duri..meniti liku hidup yang panjang ini. Semoga kita sama2 ingat, tujuan kita di sini bukan sekadar belajar. Lebih jauh dari itu,kita membawa imej dan maruah orang Islam..pejuang agama yang kita anuti. Kita bertemu kerana ilmu, kita menjalin ikatan kerana perjuangan,kita bersatu kerana aqidah, kita akan berpisah kerana amanah, semoga kita dipertemukan kembali kerana redhaNya..