Me at aquaria..KLCC

July 12th, 2008

Img_2071Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah..terimalah..terimalah
Taubatku ini…..

Aku ke Aquaria,KLCC hari ni..bersama pia n zul..satu pengalaman baru,yang menggembirakanku..Aku seronok dapat tgk ikan2 dan hidupan laut lain.Nak pegi scuba diving,rasa cam xmampu lg..dapat pegi akuaria pon jadi la..rasa cam tgh diving gak.hehe..cumanya xbasah.

Benarlah..Allah Maha Agung..Dia berkuasa menciptakan segalanya.. Hari ini sepasang mata ini telah menjadi saksi bukti kekuasaan Allah.Ya,keagungan Allah tiada tolok bandingnya..MasyaAllah..aku kagum sangat tgk pelbagai jenis ikan,pelbagai bentuk dan rupa.Ada yang bulat,panjang,leper,bercabang-cabang,macam2 lagilah..tak tersebut semuanya.Itu baru yang ada kat akuarium,belom tgk apa yang ada dalam laut Allah yg luas lagi..Agaknya berapa banyak lagi spesies atas dunia ni yg manusia belom discover..hmmm.

Alhamdulillah,bersyukur aku dikurniakan sepasang mata yang dapat melihat bukti kekuasaan Allah ini.Dialah yang menciptakan segalanya..jadi janganlah sepasang mata ini terus-terusan berbuat maksiat padaNya.biarlah ia menjadi sebab untuk kita menjadi hamba yang tahu bersyukur..Sebagai hamba,kita dituntut untuk mensyukuri nikmatNya..tetapi Allah ada menyebut,sedikit sekali hambaNya yang bersyukur.Harap-harapnya termasuklah kita dalam golongan yang sedikit itu ye.

Tidak Allah jadikan sesuatu dgn sia-sia.Semuanya punya peranan tersendiri.Walaupun aku tidaklah begitu berilmu untuk mengetahui semua peranan ikan..tapi apa yang aku tahu..Ikan,ada yang boleh dimakan,ada jugak yang memakan,boleh mengubati,tak kurang juga yang berperanan sebagai penghias lautan.Kalau lautan itu tidak dihuni,semestinya tidak begitu indah kan?Wallahualam..Allah lah yg lebih mengetahui.. Namun,tugas utama ikan,seperti kita jugak,untuk menghambakan dirinya kepada Yang Menciptanya..semuanya diatur Allah dengan begitu bijaksana sekali.Subhanallah..

Jika dibandingkan kita dengan ikan-ikan tu,agaknya siapa yang lebih ‘bertakwa’ ye? Mereka sentiasa berzikir kepada Allah,xkiralah dimana pon mereka berada..Lautan Atlantik,Lautan Hindi,Laut China Selatan,dalam kolam,ataupun Aquaria ni..kita? Ikan2 tu xpernah buat dosa pon..kita cmna? Mereka terima je kelebihan dan kekurangan yang Allah berikan pada mereka..skit pon xdak komplen2,xdak pon yang nak show off.kita? hmmm..

Ikan memang bukan tandingan kita jika diukur dari sudut ilmu dan akal pikiran,dari sudut tu manusia memang hebat.Tapi dari sudut kehambaan tu aku rasa kadang2 kita kalah.Mungkin kerana hidup kita lebih ‘mencabar’..diuji hebat dgn hawa nafsu dan godaan syaitan.Tapi bukan salah mereka,kita yang tak cukup kuat untuk menangkis halangan tu.Allah dah bagi panduan untuk kita kemudi bahtera kehidupan ini.Semuanya terlakar dalam Kitab suci al-Quran. Persoalannya..adakah kita turuti panduan tersebut?Cukupkah kita berusaha sebaiknya untuk menuruti? Tepuk dada,muhasabahlah diri sendiri.Oh Tuhan,di mana aku di sisiMu…?

Semoga lawatan ini memberi manfaat kepadaku dan kawan2ku..agar tidak sia2 masa,wang dan tenaga kami.Ya Allah,berkatilah segala usaha kami.Jika ada dosa sepanjang perjalanan kami secara sengaja atau pon tidak,aku berharap Kau ampunkanlah..Terima kasih di atas kurniaanMu..

To my beloved housemates,thank u very much coz..really enjoy the visit.

Sesuatu tentang Pengorbanan..

July 8th, 2008

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah.Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya." (Al-Baqarah:207)

Sejauh mana kita telah berkorban demi redhaNya..tepuk dada,tanyalah iman di hati.

Berapa banyak yg telah kita korbankan? Dan yg lebih kronik..pernahkah kita berkorban demi redhaNya..Kalau pernah,apa?Dan benarkah pengorbanan itu kerana Allah,demi redhaNya? atau itu cuma untuk kemaslahatan diri kita..sana2lah kita renungkan..

Allah banyak menyebut dalam kalamNya..menyeru kita supaya membelanjakan wang ke jalanNya,memberi pada yg perlu.Tapi sanggupkah kita berkorban wang dan harta demi redhaNya?Hmmm…bila bercakap begini,terkena batang hidung sendiri.Alhamdulillah..Allah murahkan rezeki,dapat biasiswa JPA.banyak tu takla..tapi cukup untuk menyara diri.Kalau ada lebih,selalunya apa yg dibuat?Simpan dalam bank?shopping?belanja kawan2?atau derma sebahagiannya pada yg perlu?which one is better,we decide. Kadang2 terpikir,kalaulah duit yg diberi ini lebih dari yg diperlukan sebenarnya,wajib x bayar zakat?nak kata pendapatan sendiri,tak jugak..orang bagi.hmmm..ataukah itu cuma alasan untuk tidak memberi?Mungkin aku kena bertanya pada yg lebih ahli.

Itu baru bercakap soal wang..blom lagi bab masa,keluarga dan jiwa.Ya Allah,di mana aku agaknya..Aku mahukan redhaMu dalam kehidupan ini.Tapi bolehkah aku berkorban untuk itu?Sanggupkah aku mati demi mendapat keredhaanMu..?Aku mahu mendapat semangat sebegitu,tp aku tahu bukan calang-calang orang mampu merasainya..Buat yg telah ada,pertahankanlah.Buat yang blom jumpa,sama2lah kita terus mencari..Mungkinkah semangat itu ada dalam sujud dan tahajud kita..Allah lah yang lebih mengetahui..wallahualam..

Juz started

July 6th, 2008

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w dan para ahli keluarga serta sahabat baginda..

Ini blog pertama aku.Saja nak testing dulu.Hmm..ntahla,rasanya xkan dapat konsisten..sebab aku ni malas sket bab2 nak menulis ni.But I’ll try.Mana la tahu,dapat jugak berdakwah dgn cara ni..

Salah satu sebab aku tak nak menulis..sebab aku tak suka sangat orang tahu pasal kehidupan aku.Tak baik jugak biar orang tahu pasal perasaan dan kehidupan kita.Siapa tahu boleh mengaibkan..hmmm. Allah pon tak galakkan kita mendedahkan keaiban sendiri.

Let the secret remains secret..

Mungkin byk perkara lain yg boleh dikongsikan.Mana yg baik,ambillah pelajaran..Mana yg buruk,jadikanlah sempadan..

Setakat ini sajalah dulu sebagai permulaan..harap2 aku akan menyambungnya..hehe..