Keranamu ku sesat di Chow Kit..huhu

August 24th, 2008

Hmmm..sampai gak aku ke chow kit road akhirnya..camtu rupanya chow kit road yg orang cerita.

Pagi2 lagi aku bertemankan iqa di sisi pegi ke chow kit dari sri petaling nih.Tujuannya nak pegi Forum Ramadhan & Kesihatan.Seperti yg dijangka,kami tak tau pon kat mana hotel tu.Jadi hampir setengah jam gak la stranded kat situ.Tanya org katne Hotel Regency, sume tak tahu.Boleh plak depa kata hotel ni ada,nu ada..ada ropa nak menginap kat hotel ke muka kami nih?hmmm, confuse aku.Dah tak tahu nak cari,akhirnya terpaksala mintak tolong ustat tunjuk jalan.Sekali ustat mai cari sampai jumpak kami.Sian ustat..Agaknya dia risau kami sesat kat situ kot..salah jalan rupanya.Tu la akibat tak merancang perjalanan btol2,kan dah sesat..ni kes bajet tahu la ni.hmmm

Takpalah,yg penting kami sampai gak.Majlis dah start,tp forum belom bermula.Nasib baik..Sume VVIP dah tiba, Mufti Perak Datuk Seri Harussani,Prof.Omar Kasule dari Brunei n moderator forum Ustz. Fauzi. Masa kami sampai,Datuk Zahid Hamidi tgh bagi ucapan..kata-kata aluan.Dah sampai lambat,duduk je la mana2 pon.Tapi kami sgt bernasib baik,part paling ‘berharga’ kami tak terlepas..Mestila part makan pagi..huhu=)Alhamdulillah..sedap nasi goreng dia.Pas makan,kami cari posisi yg best sikit,so dapatla tgk muka ahli panel dekat sikit.

Forum ni berkisar tenteng hukum-hukum menjalankan rawatan2 semasa sedang berpuasa. Prinsipnya mudah,jika rawatan tersebut melibatkan sesuatu dimasukkan ke dalam rongga yg boleh sampai ke perut (alimentary canal @ al-jauf) sama ada dari atas atau bawah,boleh membatalkan puasa.Jika rongga lain yg terlibat tetapi tidak sampai ke perut,maka tidak batal puasa. Contohnya,titiskan ubat dalam mata @letak ubat dalam telinga. Tapi kalau letak ubat dalam mata sampai boleh rasa masuk dalam perut,kira batal la.

Injection plak..klu bukan sesuatu yg boleh mencergaskan xpa,tp kalau inject saline untuk nourish patient tak bolehla.Satu lagi pasal memasukkan kamera dalam rongga utk tgk bahagian dalam badan.Biasanya kamera tu akan disapu dgn chemical untuk lubricate alat tu,jadi tak bolehla. Amik darah/ derma darah takde masalah,tak membatalkan.Tapi biasanya nak derma darah kalau puasa tak digalakkan,takut pengsan pulak.Tak salah jadi dermawan,tapi kena tahu utamakan apa g lebih utama.

Last but not least,jika kita tak mampu berpuasa kerana sakit atau sebab2 tertentu,kita diberi rukhsah untuk tidak berpuasa. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah;184 maksudnya"…Maka barangsiapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak berpuasa), maka hendaklah mengganti sebanyak hari yg ditinggalkan itu pada hari2 yg lain…"

Jadi usahlah memaksa diri.Allah Maha Mengetahui yg hambaNya tidak mampu,maka sebab itu diberiNya rukhsah.Janganlah kita sebagai hamba yg lemah menidakkan hakikat itu. Jika terlalu menolak rukhsah, bimbang ada sesuatu yg tidak kena pada aqidah kita,kata prof.omar..kerana yg memberi rukhsah itu Allah,bukan makhluk.Tujuannya untuk memudahkan umat Islam jugak..tapi janganlah disalahgunakan..

Itulah sedikit sebanyak ringkasan persoalan dalam forum tu.Macam2 persoalan lagi la dibangkitkan..maklumla,makin maju teknologi kita,makin confuse kita dibuatnya. Persoalan2 lain bolehla diajukan kepada yg lebih ahli.Wallahualam…