Ramadhanku kali ini..

September 14th, 2008

Hari ini masuk hari ke-15 madrasah Ramadhan..alhamdulillah,aku berkesempatan bertemu’nya’ sekali lagi pada tahun ini.Dah hampir separuh pon.Tahun ini merupakan tahun kedua aku berpuasa di IMU ni.Suasananya tak jauh berbeza dari tahun lepas,tapi aku harap ada peningkatan untuk tahun ini.Dekat-dekat sini takdak bazar Ramadhan.Yang paling dekat kat Sg.Besi..jadi kena la masak untuk berbuka dan bersahur.Macam last year jugak.Bezanya tahun ini,aku ada komitmen yang lebih sikit,jadi aku sedikit sibuk.Umur pon dah makin meningkat..

Aku bersyukur dapat bertemu Ramadhan kali ini.Alhamdulillah. Allah masih memberi peluang bg aku untuk mencari sebanyak mungkin rahmatnya dalam Ramadhan kali ini,kerana Ramadhan seterusnya belum tentu dapat ditemui. Sayang sekali jika aku tidak dapt memanfaatkan anugerah Allah ini dengan sebaiknya.Kerugian yang tak mungkin dapat dikecapi lagi.

Ramadhan merupakan jualan pahala yang Allah kurniakan pada kita,setahun sekali ja.Pahala dilipatgandakan berbanding bulan2 yang sebelumnya.Apa saja amalan kebaikan yang kita lakukan,akan diganjarkan Allah dengan pahala yang melimpah ruah dan syurgaNya yang tak terbayang oleh mata. Mungkin kerana pahala itu bersifat ghaib,maka ramai yang melalaikannya.Bayangkanlah jika pahala itu diganti dengan duit yang boleh dipegang,tentu saja ramai yang berebut-rebut mendapatkannya..Justeru,sebagai hamba yang yakin dengan balasan syurga dan neraka Allah,maka hendaklah kita cuba sedaya-upaya untuk setidak-tidaknya mendekati jalan ke syurgaNya.

Aku akui,aku hamba yang lemah lagi hina.Tiada apa yang aku tahu melainkan apa yang diizinkanNya.Tiada apa yang dapat aku kecapi melainkan dengan ketentuanNya dan sememangnya tidak akan ada sesuatu pon yang akan terlepas dari genggamanku melainkan telah dicatatkan olehNya..Aku redha atas ketentuanNya pada hidupku.Walaupon hidupku tidaklah sesempurna insan lain,aku yakin inilah yang terbaik buatku.Allah ingin mengujiku dengan dugaan kehidupan ini.Walaupon begitu,aku bersyukur kerana Allah bekalkan aku dengan keazaman dan kekuatan untuk meneruskan hidup ini.Dikurniakan ibu yang sentiasa memberi galakan dan kasih sayang,sahabat yang begitu baik padaku..Aku bersyukur ya Allah.

Semoga sesiapa sahaja yang berbuat baik padaku mendapat rahmatMu ya Allah.Aku tidak mungkin dapat membalas semua jasa dan budi mereka, aku harapkan Kau balaslah kebaikan yang dilakukan mereka dengan ganjaran yang setimpal.Semoga aku dan orang di sekelilingku bahagia dan dipermudahkan urusan di jalanMu ya Allah.