Novel kedua =)
Ni satu lagi novel yang aku baca masa cuti sem ni..Rajin pulak wan membaca.Adik wan la ni,rajin nak wat koleksi.Kakak dia tumpang baca la..=)
Aku ambik masa lebih lama untuk baca novel ni.Mulanya dah sampai separuh jalan,rasa macam dah tak nak baca lagi,sebab aku cuba selak-selak baca ceritanya tak seperti jalan cerita yang aku mahukan..Aku nak ending yang macam lain,tapi lain yang terjadi.Mengingatkan rugi kalau aku tak baca sampai habis,sebab terlepas ilmu-ilmu yang disampaikan,aku teruskanla jugak pembacaan.Apapun,sebenarnya ending yang camtula yang sebaiknya…man jadda wajada.
Novel ni sebenarnya sangat menarik,penuh dengan nasihat dan ilmu-ilmu yang berguna.Tapi kalau nak dibandingkan dengan prolognya,aku lebih suka yang prolog tu..sebabnya mungkin latar tempatnya banyak di Mesir,suasananya lebih menarik minat aku. Keduanya,di situ lebih nampak pengorbanan dan semangat juang Azzam dalam kehidupannya untuk menyara adik-adiknya sambil menuntut ilmu.Ternyata tugas itu bukan mudah sebenarnya..memerlukan kekuatan fizikal dan mental.Dwilog ini lebih dramatis,banyak konflik,dan banyaknya berlatar tempat di Indonesia.Di sini banyak dipaparkan tentang ketabahan Azzam menghadapi hidup dan cabaran-cabaran di Indonesia..terutamanya dalam aspek mencari jodoh dan perniagaannya. Cewah…pandai pulak nak wat ulasan.Dulu cikgu suruh wat ulasan tuk novel ‘Julia’ atau ‘Perlumbaan Kedua’ punya la malas.Begitulah manusia..apa yang disuruh taknak buat,kalau tak suruh tu,boleh je buat.hmmm…
Banyak yang ingin dikongsi tentang novel ini,tapi yang paling terkesan pada aku adalah mengenai kuliah yang disampaikan oleh Azzam di masjid, malam hari dia baru saja dinikahkan..hampir-hampir ending dah sebenarnya. Dia menceritakan tentang kisah Singa dan Kambing. Aku ringkaskan ceritanya macam nilah.. Tersebutlah al-kisah,pada suatu hari,seekor ibu singa telah mati semasa melahirkan anaknya. Kebetulan selepas beberapa ketika,ada seekor ibu kambing yang lalu dan bersimpati.Lalu,dia membawa pulang anak singa tersebut. Dia menjaga anak singa itu seperti anak-anaknya yang lain. Anak singa itu menyusu pada ibu kambing itu,hidup bersama kelompok ‘adik-beradik’ kambingnya dan membesar bersama. Dia turut makan dan minum sama seperti ibu kambing dan ’saudara’ sesusunya.Pendek kata,hidupnya tak ubah seperti kambing la.
Satu hari, seekor serigala datang ke kawasan kambing-kambing tersebut. Anak-anak kambing yang ketakutan bersembunyi di belakang ibu kambing itu termasukla si anak singa yang telah besar tu.Ibu kambing itu berkata pada si singa itu,sepatutnya dialah yang mengawal dan menjaga keselamatan mereka kerana dia adalah raja rimba yang ditakuti. Ngaumannya tentu dapat menakutkan serigala yang ingin menyerang mereka. Tapi si singa itu berkata dia juga takut pada serigala itu. Sang singa cuba mengaum,tetapi suaranya kedengaran seperti mengembek,macam suara kambing.Akhirnya,seekor anak kambing telah dimakan oleh serigala itu.Ibu kambing itu sangat kesal dengannya.
Keesokannya,serigala itu datang lagi.Kali ini si ibu kambing itu yang menjadi mangsa.Ibu kambing itu dicengkam oleh sang serigala. Si singa yang melihat ibunya ditangkap itu cuba menerkam ke arah serigala tapi gagal untuk melawan. Ibu kambing juga pelik bagaimana Raja Rimba boleh dikalahkan oleh seekor serigala. Tiba-tiba datanglah seekor singa dewasa yang mengaum dengan dahsyat menakutkan sang serigala itu. Akhirnya,dia melepaskan ibu kambing itu dan terus melarikan diri.
Singa dewasa itu mengajak si anak singa tadi untuk mengikutinya hingga ke sebatang sungai. Di situ, dia melihat dirinya yang menyerupai singa dewasa di sebelahnya. Dia bertanya kenapa rupa mereka sama. Singa dewasa itu pun menjelaskan yang dia adalah seekor singa sebenrnya,bukan kambing. Dia adalah raja rimba yang ditakuti oleh penghuni rimba lain.Justeru,singa dewasa itu mengajar si anak singa untuk mengaum dan ngaumannya amat menggerunkan.
Begitulah alkisahnya bagaimana kehidupan sang singa bermentaliti kambing. Sebenarnya senario ini banyak berlaku di kalangan kita. Tanpa kita sedari,kitalah singa bermentaliti kambing tu.Kita hidup di atas muka bumi ini tanpa menyedari jati diri dan potensi diri kita yang sebenarnya.Kitalah Raja Rimba itu.Allah telah berfirman: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripa segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah” Ali-Imran:110
Sebagai orang Islam,kita ummat yang hebat,kita pernah menawan 2 per 3 dunia kerana kekuatan aqidah yang dimiliki.Tapi hari ini,bilangan kita yang ramai tidak mampu untuk membangunkan negara sendiri sekalipun. Walaupun menyedari akan hakikat itu,masih ramai yang memilih untuk terus hidup sebagai kambing daripada menjadi singa.Yang lebih parah,sudahlah kita taknak menjadi singa,kita halang pula sahabat dan saudara kita yang berpotensi untuk menjadi singa yang hebat..
Wallahu’alam…
Uncategorized | Comment (0)Ayat-ayat Cinta
Cuti baru-baru ni aku habiskan dengan membaca beberapa novel.Antaranya ialah ’Ayat-ayat Cinta’ karangan Habiburrahman El-Shirazy.Novel itu cukup terkenal satu masa awal2 tahun dahulu..Cuma aku yg lambat membacanya. Ternyata novelnya labih menarik daripada filemnya…seperti yang dikatakan kawan-kawanku..suatu novel penuh dengan ilmu dan pesanan-pesanan yang diselitkan,cukup untuk membangun jiwa yang kegersangan dengan ilmu ini.
Kisah cinta Fahri dan Aisha memang mengkagumkan..Maklumla keduanya adalah dari kalangan orang2 yang sangat menjaga batas-batas pergaulan dan beriman dengan bersungguh-sungguh.Lagi pulak mereka tinggal di Mesir..Bumi penuh barakah,tanah tumpah darah para Anbiya’.Sudah tentu suasananya dan cara hidup berbeza dengan Malaysia.
Terus-terang aku kagum dengan Fahri.Dia seorang anak dan mahasiswa yang bertanggungjawab, berwibawa,dan jelas dengan misi hidupnya. Dia memang seorang muslim yang baik hati dan sangat menghormati insan yang bergelar hawa.Agaknya itulah daya penarik yang menyebabkan ramai wanita ingin menjadi pendamping hidupnya..Dia lelaki yang baik,justeru itu dikurniakan seorang isteri yang sama padan taqwanya,seorang wanita yang cantik,solehah,pintar dan kaya-raya. Aku pernah mendengar antara tanda-tanda ahli syurga ialah dikurniakan dengan isteri yang solehah.Beruntunglah sesiapa yang mendapatnya ye.
Hmmm…Agaknya tentu seronok dapat belajar di Mesir kan? Boleh berjumpa dan menuntut ilmu daripada ulama-ulama yang hebat.Ilmu-ilmu yang dipelajari juga tentunya mantap dan penuh barakah. MasyaAllah..beruntungnya mereka yang belajar di sana. Mungkin bukan rezekiku untuk belajar di sana. Rezekiku di sini dan seharusnya aku bersyukur dengan itu. Walaupun aku bukan mendalami bidang agama,aku kira aku masih boleh belajar ilmu agama di samping ilmu fardhu kifayah ni..hmmm.
Namun, apa yang dirancang tak semudah yang disangkakan. Perjuangan dalam Islam sememangnya menuntut pengorbanan. Islam itu bukan terbina atas karpet merah,tapi dari darah para pejuangnya. Ternyata mempertahankan Islam di saat ramai yang cuba memusuhinya bukan mudah.Tugas itu memerlukan semangat yang jitu,keimanan yang mantap,kekuatan persatuan dan ilmu yang penuh di dada..Jelas sekali aku kurang semua itu.Maka sebab itulah aku merasa susah..Kerapkali aku gagal melawan arus deras yang menghanyutkan diriku..Kadang-kadang aku juga lemas dalam lautan duniawi ini yang mementingkan kecemerlangan akademik,keseronokan,dan kesenangan.Dunia…dunia.
Mungkin aku patut memperjelaskan tujuan dan matlamat hidup,supaya aku tidak terbabas terlalu jauh.Takut bila terlalu jauh kita dari landasan sepatutnya,susah nak cari jalan pulang.Aku perlukan sahabat2 aku untuk menemani aku sepanjang perjalanan ini.Semoga kita terus kuat,tabah dan berjaya dalam hidup ini..amin.
Uncategorized | Comments (2)