Kisah Puteri Rasulullah..
Setelah sekian lama tak update blog ni…ni baru nak start semula..Sebenarnya ada juga beberapa entry yg ditulis,tapi xjadi nak post atas sebab2 tertentu..
Kisah ini dipetik dari sebuah buku bertajuk ‘1001 Feqh Nasihah’ susunan Mohd Nazri Zainuddin. Sekadar sebuah perkongsian..
Siti Fatimah adalah puteri kesayangan Rasulullah.Gembira hatinya, gembiralah Rasullulah, setitis air matanya berdukalah Rasulullah..Siti Fatimah telah mendirikan rumahtangga bersama sahabat yang rapat dengan Rasulullah,saidina Ali karamalllahu wajhah..Saidina Ali bukanlah antara sahabat yg sgt berharta.Hidupnya tidak mewah..namun sgt disayangi Rasulullah.
Dengan mas kahwin 400 dirham hasil jualan baju perangnya kepada saidina Uthman r.a, saidina Ali menikahi puteri Rasulullah yg sgt disayangi baginda. Itulah pertemuan dua insan pilihan atas kehendak Allah. Siti Fatimah mewarisi akhlak ibunya yang tidak pernah menyusahkan suaminya,apatah lagi menyakiti hati suami tercinta.
Kerana kesempitan hidup, Saidina Ali tidak mampu menyediakan pembantu buat isterinya untuk membantu melaksanakan kerja-kerja rumah meskipun beliau tahu akan kesusahan isterinya menguruskan anak-anak,membasuh pakaian,memasak dan menggiling tepung. Namun,sesekali Saidina Ali akan turut membantu istrinya itu apa yg termampu dan usaha itu sangat dihargai isterinya..
Suatu hari Rsulullah SAW datang ke rumah puterinya dan melihat Fatimah sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya apabila menyedari kehadiran Rasulullah. Lalu baginda bertanya: “Wahai buah hatiku,apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah SWT menggembirakanmu”
Fatimah pun mengadu pada ayahandanya dalam nada sayu: “Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatanbolehkah ayahanda meminta suamiku untuk menyediakan seorang pembantu untukku?” baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.
Dengan lafaz bismillah dan mukjizat dari Allah, baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.Dengan izin Allah,kisaran itu berpusing dengan sendirinya sehingga Rasulullah menghentikannya. Siti Fatimah sangat terhibur dengan hadiah istimewa itu.
Rasulullah berkata kepada puterinya itu:” Wahai Fatimah, gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat.” Begitulah baginda mendidik puterinya untuk menjelaskan bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Rasulullah bertanya kepada Fatimah: “Puteriku,mahukah engkau kuajarka sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?”
” Tentu sekali ya Rasulullah.” jawab Fatimah keriangan.
Rasulullah bersabda:” Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca ‘Subhanalllah’ sepuluh kali, ‘Alhamdulillah’ sepuluh kali dan ‘Allahuakbar’ sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca ‘Subhanalllah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahuakbar’ ini sebanyak 33 kali“
Ternyata amalan itu memberi kesan kepada Fatimah dalam memudahkannya menguruskan kerja-kerja dengan lancar.Begitulah hadiah istimewa yang diberikan Allah kepada hambaNya yang sentiasa mengingatiNya.
Jadi,sama-samalah kita amalkan apa yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah kepada kita. Buat para bakal isteri (especially to my beloved friends…), jadilah isteri-isteri yang solehah,dan janganlah menyakiti hati suami-suami kalian. Semoga kalian bahagia selalu di dalam rahmatNya.
Kesusahan bukanlah jalan yangmembawa kepada kebinasaan.Kesusahan itu kadangkala wasilah ntuk kita mencapai apa yang lebih baik di masa akan datang. wang ringgit bukanlah segala-galanya
Uncategorized |Leave a Reply