Teman sepanjang jalan
Salam ukhuwah fillah buat semua.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah. Syukurku ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat dan ujian ini. Aku terharu membaca emel yg dikirimkan oleh sahabatku yg jauh dari penglihatanku,tp sentiasa dekat di hati ini. Terima kasih NADIA,kerana tidak pernah berhenti memberi sokongan dan selalu mengingatkan wan tentang hakikat kehidupan ini yg tak pernah sunyi dari ujian.
Kita sering meminta untuk menjadi orang yang beriman..tapi bila Allah bagi peluang untuk mengangkat darjat kita,kita mula resah gelisah. Bertalu-talu soalan bermain di fikiran, mata tak henti-henti mengalirkan air mata, hati terasa pedih menahan kesusahan.Sedangkan Allah telah memberitahu kita dengan jelas..
Ternyata syurga yang indah itu bukanlah sebegitu mudah untuk mendapatkanya..Ada harga yang perlu kita bayar.Modal yang Allah bagi,kehidupan,usia,keluarga serta sahabat2 di sekeliling. Manualnya Al-Quran dan sunnah. Terpulanglah kepada kita untuk menguruskan sumber2 tersebut dan menjadi ahli perniagaan yang berjaya.
(At-Taubah: 111)
Semoga kita sama-sama beroleh kemenangan dan tergolong dalam golongan Al-Falah seperti yang selalu dilaungkan dalam azan dan iqamah..
“Haiya ‘alal falah” (Marilah menuju kejayaan)
Wallahu’alam..
Huraian lanjut boleh dibaca di blog sahabat saya yang amat dikasihi ini,
Yang merinduimu,
Ruwaida
Friends, My life |2 Responses to “Teman sepanjang jalan”
Leave a Reply
Assalamu’alaikum wbt..
Maaf sgt wan.Nadia dh lama x buka blog wan ni.dh byk post wan yg nadia kn qada ni.hu..tp alhamdulillah Allah bg nadia ilham utk tukar kpd blog list tu so bla wan update nadia boleh tau.kalau mcm dlu xtau ada post bru ke x,jadi jarang buka..
tu lah, kdg2 pentingkn diri sendiri.lupa kt org lain.maaf ek wan..
Semoga kita sama2 tabah mghadapi ujian n cabarn hidup ni..insyaAllah..
Semoga kita terus menjadi teman sepanjang jalan bersama sahabat2 tersayang kita yg lain,biiznillah..
~IMAN INSIDE.PUT IT IN THE RIGHT DIRECTION~
http://nureman.blogspot.com/2009/10/di-persimpangan.html
Waalaikumussalam,
Takpa nadia,wan pon bukannya selalu update blog ni.Cuma kadang2 je rasa mcam perlu untuk menzahirkan perasaan yg terbuku di hati ini..hehe.